salam blogger
post today
cuq nak kongsi dgn korang sebuah cerita yang cuq sendiri pernah alami .
cerita dia bermula disini ,
Pada suatu malam yg agak sepi menunggu seseorang untuk menyapa tetapi tertunda kerana cuq terima satu mesej dari seorang kawan cuq yg suka mengirimkan mesej SEMPOI sempoi nih .
mesej :
"satu hari kita janji nak jumpa..saya tak sabar nak jumpa awak ..
akhirnya saya sampai jugak .
saya lambai kat awak tapi awak tak endah pun ..
maybe awak marah saya sebab saya lambat .
saya datang dekat awak , tapi awak tak cam saya .
saya sedih .
tetiba awak berlari sambil menangis ..
saya kejar awak !
tiba tiba awak berhenti .
ramai sangat orang dekat situ .
saya masih tak paham
kenapa air mata awak makin banyak menitis ?
saya cuba sentuh awak .
tapi awak makin jauh ..
saya putus asa , saya tanya orang2 dekat situ tapi tiada seorang pun yang menjawab .
tiba tiba saya nampak jasad saya terbaring diatas jalan .
saya terlibat dalam kemalangan .
tak sempat saya nak jumpa awak .
tak sempat saya nak bagi tahu awak yang saya rindukan awak
saya sayangkan awak .
tak sempat saya nak cakap yang awak adalah seorang yang paling bermakna dalam hidup saya ."
Lepas cuq baca ja msej nih,
tetiba hati cuq terasa macam cuq disituasi tersebut .
YA !
itu cuq ....
kenapa cuq cakap tuh cuq ?
sebab ..
cuq ada seorang lelaki yg betul betul sayangs cuq
tapi cuq tak pernah nak hargai kehadiran dia .
cuq cuma anggap dia macam seorang abang .
sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir , arwah ada janji nak keluar pergi ronda naik basikal pusing penang dgn cuq .
cuq balik ja dari class ..
ada mesej masuk , memberitahu bahawa arwah telah tiada lagi dimukabumi ini .
cuq masih ketawa .
dan ketawa seperti org yg tak ada akal
sebab bagi cuq tuh satu gurauan senda yg mmg luar biasa .
tiba tiba air mata cuq mengalir , kerana cuq dapat rasa sesuatu yg buruk sedang berlaku.
tak henti henti cuq hubungi nombor arwah .
tapi tak dijawab .
akhir sekali , cuq CALL kawan rapat arwah ,
cuq sepi tanpa kata sebab kedengaran ramai org sedang membaca yasin didalam telefon tersebut .
cuq letak telefon .
badan cuq rasa lemah .
tak bermaya untuk berdiri lagi .
cuq rasa kehilangan seorang yg melindungi cuq selama ini .
rasa kehilangan seorang pendengar yg setia selama ini .
rasa kehilangan seseorang yg terpenting dalam hidup cuq selama ini .
lepas pemergian dia , baru cuq sedar .
yg cuq dah terlambat untuk cakap yg cuq sayang dia .
cuq sayang dia .
semoga dia tenang disana .
so pengajaran buad semua teman teman cuq yg membaca post nih ,
if you love someone ,
beritahu kepada lepa yang kita sayang lepa .
lepa terima atau tidak siapa kita , itu tidak penting .
yang penting kita tidak terlepas dari bagi tahu org yg kita sayang ,bahawa kita sayang mereka .
semoga berjaya .
muhd firman .
aku sayang hang .
kenangan with you akan sentiasa tersemat dihati .
thank for reading
No comments:
Post a Comment